PELAKON asal Indonesia iaitu Nita Sofiani sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit melakukan pembedahan kosmetik demi kelihatan cantik untuk membuat kemunculan semula dalam dunia seni.
Sedar akan tindakan tersebut mengundang kecaman ramai, Nita, 33, bagaimanapun enggan ambil pusing kerana yakin soal penampilan adalah perkara utama yang perlu diberi fokus sebagai seorang artis.
"Untuk mendapatkan rupa yang bagus harus banyak perjuangan. Kena buat pembedahan dan diet. Saya perlu menjaga diri kerana ini adalah tuntutan kerja.
Nita terbuka berkongsi lakukan pembedahan kosmetik.
"Jika ia sesuatu yang bagus kenapa tidak saya lakukan? Saya guna duit sendiri, jadi apabila ada yang bercakap saya hanya tutup telinga.
"Ini adalah keputusan yang tepat untuk membantu kerjaya saya. Orang akan lihat penampilan, jika nampak buruk akan kena kecam," katanya.
Pelakon ini memberitahu dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Thailand bagi melakukan pembedahan bahagian hidung selain prosedur membuang lemak.
ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol saran pendidikan seks diajar di sekolah rendah, bimbang masalah sosial semakin berleluasa
ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani bengang dituduh sebilik dengan kekasih, bercuti bawa anak dan rakan-rakan
Dia membelanjakan lebih RM27,000 bagi tujuan pembedahan hidung.
Nita juga menegaskan dia amat teliti dalam memilih rawatan agar mendapatkan hasil yang terbaik.
"Saya telah melakukan pembedahan hidung. Saya lihat semua profil dan mendengar pandangan rakan-rakan yang pernah ke klinik itu," jelasnya.
Kali terakhir Nita berlakon adalah dalam drama Layangan Putus sekitar tahun 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!