SEBELUM namanya dikenali ramai, pelakon Abimana Aryasatya memberitahu dia pernah berdepan situasi dibuli ketika di set penggambaran.
Menurut Abimana, 43, perkara tersebut bagaikan sudah menjadi satu budaya dalam kalangan kru produksi yang sering mengamalkan sikap diskriminasi terhadap pekerja baharu.
Lebih teruk lagi dia pernah dipanggil dengan gelaran binatang ketika baru memulakan kerjaya sebagai kru belakang tabir sebuah produksi.
Abimana harap kes buli di lokasi dapat dihentikan.
"Kita belum dianggap manusia jika masih sebagai pekerja biasa. Kita tidak dipanggil dengan nama sendiri.
"Jika sudah menjadi ketua bahagian atau senior barulah nama kita akan disebut. Jika hanya pekerja biasa kita masih dianggap binatang.
"Di hadapan ramai orang yang sedang menjalani penggambaran, tiba-tiba saya dipanggil dengan 'eh, babi'. Perkara tersebut benar-benar membuatkan saya rasa tertekan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Demi buat ‘comeback’, Nita Sofiani sanggup bedah hidung
ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol saran pendidikan seks diajar di sekolah rendah, bimbang masalah sosial semakin berleluasa
Bagi pelakon ini sikap sedemikian perlu diubah bagi memberi persekitaran kerja yang lebih sihat selain mahu menjaga nama baik industri perfileman.
Dalam masa sama Abimana juga beranggapan generasi muda pastinya akan lebih terkesan sekiranya berdepan dengan situasi sebegitu.
"Saya tidak suka dengan amalan buli kerana perasaan orang sekarang sudah berbeza. Anak-anak muda zaman sekarang lebih sensitif," luahnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!