SIKAP murah hati dan mesra penyanyi Ayu Ting Ting melakukan reviu minuman seorang peniaga di tepi jalan membuatkan netizen terharu.
Ayu, 33, yang kebetulan melalui di sebuah kawasan disapa seorang peniaga yang meminta dia membuat video reviu perniagaannya.
Dengan niat untuk membantu, Ayu membeli produk dijual peniaga tersebut dan memuji keenakan minuman tersebut dan membeli perisa lain untuk dibawa pulang.
Ayu membantu peniaga minuman di Blok M Square Jakarta, Indonesia.
Tidak mengambil kesempatan, Ayu turut membayar semua minuman yang dibeli walaupun peniaga mahu memberinya secara percuma.
Malah penyanyi itu menolak mengambil wang baki walaupun peniaga cuba memulangkannya.
Dalam pada itu, peminat mengagumi sikap rendah hati penyanyi itu yang memahami kesusahan hidup orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jawab tuduhan adik bekas tunang, berpisah bukan sebab masalah kewangan
ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting dianggap biadab, pergi kenduri kahwin pakai gaun seksi
Malah mereka menyatakan penghargaan terhadap tindakan Ayu yang membantu peniaga tersebut mempromosi perniagaannya.
"Orang yang hidup bermula dari bawah untuk berjaya pasti faham perasaan orang yang hidup sederhana seperti itu.
"Seronok tengok sebab nampak muka penjual sangat mengharapkan bantuan melalui reviu Ayu," komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!