suria

Ariel Noah guna pengalaman hidup, tak mahu terlalu tegas dengan anak gadis

Ariel tidak mahu bersikap terlalu tegas dengan anak (tengah).

PENYANYI Ariel enggan terlalu bertegas dalam membesarkan anak perempuannya iaitu Alleia Anata. 

Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 44, berkata, dia bimbang sekiranya sikap tegas yang ditunjukkan bakal mengundang masalah komunikasi antara dia dan anak tunggalnya itu. 

"Saya sedaya upaya cuba untuk tidak bersikap posesif (mengawal). Apa yang saya lakukan kepada anak saya itu hanya mengikut pengalaman hidup. 

"Saya lebih takut kalau dia (Alleia) tidak mahu bercakap dengan saya jika terlalu banyak larangan yang saya beri. 

Ariel bersikap terbuka dalam membesarkan cahaya mata. 

"Apa yang penting, dalam usia anak-anak seperti itu, tak perlulah kita nak bertegas sangat,” katanya. 

Ariel berkongsi perkara itu menerusi sebuah program podcast Curhat Bang Denny Sumarga yang dimuat naik di saluran YouTube. 

Dalam pada itu, Ariel berpendapat adalah wajar sekiranya seorang anak melakukan kesalahan kerana kurangnya pengalaman dalam hidup. 

Pun begitu, baginya sebagai ibu bapa mereka perlu bertanggungjawab dalam memberi teguran kepada anak-anak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah berusia 16 tahun, anak dara Ariel Noah tiba-tiba jadi perhatian.... dipuji miliki pesona bintang seperti bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kualiti video rendah, netizen kata Raffi Ahmad dan Ariel Noah nampak macam pakcik... “Tak sangka mereka artis”

Tambahnya lagi, anaknya itu sudah menerima didikan tegas yang diberikan oleh bekas isterinya iaitu Sarah Amalia. 

"Cuma yang penting, saat dia (anak) melakukan kesalahan kita perlu sentiasa ada, jadi kita tahu apa yang dia lakukan. 

"Sebagai ibu bapa kita harus sentiasa memberi sokongan dan menegur kesilapan mereka. Lagi pun ibu Alleia lebih garang daripada saya," ujarnya. 

Untuk rekod, Ariel mendirikan rumah tangga dengan Sarah Amalia pada 2005 namun berpisah selepas tiga tahun berkahwin. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Alleia Anata yang kini berusia 20 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain