suria

Rumah masuk perompak, Park Na Rae masih terkejut sehingga alami tekanan emosi

PELAWAK Park Na Rae dilaporkan menjadi mangsa kejadian rompakan yang berlaku di kediamannya di Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan. 

Insiden itu menyebabkan beberapa barangan mahal dicuri dari kediaman Park, 40, dan disahkan oleh agensinya pada Selasa.

Park akan buat laporan polis.

Walaupun jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan, namun dipercayai nilai tersebut mencecah puluhan ribu ringgit.

Sumber berkata Park tidak mengetahui waktu tepat barang tersebut hilang dan hanya menyedari kecurian yang berlaku pada Isnin lalu.

Park juga dikatakan berada dalam keadaan sangat terkejut dan tertekan secara emosi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibir bengkak gara-gara ais krim, pelawak Jeff Ross terpaksa bermalam di wad kecemasan

ARTIKEL BERKAITAN: Samuel Rizal akhirnya buka mulut, beri sebab tak hadir pengebumian bekas isteri

Pasukan Park kini sedang menilai skala kecurian sebenar dan pelakon itu bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Insiden itu juga menyebabkan dia terlepas kemunculan yang dijadualkan di MBC Standard FM 'Son Tae Jin's Trot Radio'. 

Pada mulanya, ketidakhadirannya dalam siaran radio itu disebabkan oleh faktor kesihatan kurang baik, tetapi kini kes kecurian itu juga mungkin turut memainkan peranan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain