BERLAKON di samping aktor Mickey Rourke adalah pengalaman terburuk buat Bella Thorne sepanjang dia bergelar seorang pelakon.
Dakwa Bella, 28, dia mengalami kecederaan pada tulang pelvis selepas Mickey bertindak memukulnya pada bahagian kemaluannya ketika menjayakan babak sebuah filem.
Bella trauma berlakon dengan Mickey.
Kata Bella, aktor itu sepatutnya menggunakan alat pengisar logam untuk memukul kepala lututnya tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Dia memukul bahagian kemaluan saya berulang kali dan menyebabkan lebam pada tulang pelvis saya,” katanya.
Walaupun tidak selesa dan terpaksa menahan kesakitan namun dia membiarkan tindakan Mickey kerana mahu memberikan yang terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Thorne Alami Gangguan Seksual
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Thorne selamba tayang jerawat belakang badan, netizen tetap puji cantik!
Malah insiden itu membuatkan dia trauma setiap kali mengingati kejadian.
“Memang tak selesa dan sakit tapi saya teruskan demi memberi yang terbaik dalam lakonan,” katanya.
Walaupun tidak menamakan menyebut nama filem tersebut, namun aktres itu pernah bekerja dengan Mickey, 73, menerusi filem Girl pada 2020.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!