PELAKON Nam Yoon Su menerima kritikan ramai gara-gara memuat naik foto lucah di media sosialnya.
Mana tidaknya, foto yang dimuat naik di Instagram mendapat 70,000 tontonan sebelum pelakon itu bertindak memadamnya.
Namun hantaran tersebut berjaya dirakam dan disebarkan meluas sekali gus mendapat kritikan ramai.
Penjelasan Yoon Su terhadap foto yang dikongsikan.
Menyedari perkongsian itu menjadi kekecohan ramai, Yoon Su, 27, memberitahu dia sedang memandu ketika kejadian dan tidak pernah memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
Malah dia percaya Instagam miliknya digodam oleh individu yang tidak dikenali.
“Saya baru saja melihat hantaran itu semasa saya memandu. Adakah saya digodam?
“Saya dapat tahu daripada peminat kerana mereka juga pelik dengan hantaran saya," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nam Yoon Soo dipuji peminat, derma buah pinggang kepada bapa
ARTIKEL BERKAITAN: Solekan buat Park Bom nampak cantik, bukan sebab ‘filter’ berlebihan
Bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, dia juga berkongsi foto suapan Instagram dengan menjelaskan ia adalah satu kesilapan.
Pun begitu, rata-rata netizen tidak mempedulikan penjelasannya sebaliknya menganggap ia satu helah menutup kesilapan diri sendiri.
"Tak kiralah satu kesilapan, tapi mesti dia tonton perkara seperti itu.
"Apa yang dia tengok itulah yang akan keluar," antara komen netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!