suria

Pelakon Indonesia ditangkap, kantoi guna wang palsu ketika beli-belah

Polis temui hampir RM60,000 wang palsu di beg Sekar.

PELAKON Indonesia iaitu Sekar Arum Widara ditahan pihak polis atas dakwaan menggunakan wang palsu ketika membeli-belah.

Balai Polis Jakarta Selatan dalam kenyataan kepada media memaklumkan Sekar, 41, ditahan pada 2 April lalu selepas didapati menggunakan wang palsu di sebuah pusat beli-belah di Kemang, Jakarta Selatan.

"Ketika membuat pembayaran, juruwang memeriksa wang diberikan menggunakan imbasan sinar UV sebelum mendapati ia palsu.

Sekar terkenal dengan kecantikannya semasa waktu mudanya.

"Transaksi pembelian dibatalkan sebelum pengawal keselamatan membuat laporan polis," ujar wakil polis.

Ketika ditahan, polis turut menemui wang palsu berjumlah RM59,000 dalam beg miliknya.

Sekar dikatakan berjaya melakukan pembelian di sebuah kedai lain dan dia kembali ke premis sama beberapa jam kemudian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan seludup 17 jongkong emas diikat pada badan gagal, pelakon popular India ditahan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Seleweng wang syarikat RM1.1 bilion, Daddy Yankee heret bekas isteri ke mahkamah

Bagaimanapun percubaan ketiga tidak berjaya apabila dia membayar dengan menggunakan wang kertas Rp 100,000 sebanyak 11 keping.

Jika disabitkan kesalahan, Sekar boleh dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain