suria

Enam bulan turun naik mahkamah, Baim Wong dan Paula Verhoeven sah bercerai

Baim dan Paula (kiri) sah bercerai pada Rabu.

SELEPAS enam bulan turun naik mahkamah, pasangan pelakon Baim Wong dan Paula Verhoeven sah bercerai talak satu di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan pada Rabu.

Kompas melaporkan mahkamah turut menetapkan hak penjagaan dua anak mereka diberi sama rata kepada Baim dan Paula.

Mahkamah memerintahkan pasangan itu bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak lelaki mereka selama dua minggu sekali.

Hak penjagaan anak-anak diberi sama rata kepada Baim dan Paula. 

Pada 7 Oktober tahun lalu, Baim memfailkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

Dedah Baim, sikap curang isterinya menjadi punca dia memfailkan cerai. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Baim Wong dakwa sikap anak mula berubah selepas 6 bulan dijaga suami

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong didakwa lakukan keganasan rumah tangga, Paula Verhoevan bawa saksi ke mahkamah

Bagaimanapun Paula menafikan dakwaan itu dan menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap aktor berkenaan. 

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain