suria

Pamer kemesraan dengan kekasih, Jennifer Garner tak akan kembali ke pangkuan Ben Affleck

PELAKON Jennifer Garner menamatkan khabar angin bakal kembali ke pangkuan aktor Ben Affleck apabila tampil menunjukkan kemesraan bersama teman lelakinya di khalayak ramai.

Jennifer dan teman lelakinya iaitu John Miller dilihat meluangkan masa bersama pada Sabtu lalu di Los Angeles dan kedua-dua mereka dilihat mesra.

Malah John turut membuka pintu kereta buat Jennifer sebelum kedua-duanya bercium. 

Jennifer dan John pamer kemesraan di khalayak umum.

Menurut sumber, Jennifer, 53, dan John menghabiskan masa sepanjang hari bersama anak-anak dan rakan-rakan mereka di sebuah gereja tempatan.

TMZ melaporkan Jennifer tidak akan meninggalkan teman lelakinya yang juga seorang usahawan sebaliknya hubungan mereka semakin utuh.

Sebelum ini, Jennifer sudah memberitahu dia tidak berminat untuk kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Ben.

Meskipun dilihat mesra, kata Jennifer mereka berdua berbaik demi anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaik demi anak-anak, Jennifer Garner tak berminat kembali bersama Ben Affleck

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih kurang senang dengan bekas suami Jennifer Garner, anggap Ben Affleck orang ketiga

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 sebelum sah bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet Anne, 19, Seraphina Rose, 16, dan Samuel yang kini berusia 13 tahun.

Pada 2022, Ben berkahwin dengan penyanyi Jennifer Lopez atau JLo selepas setahun kembali menjalinkan hubungan cinta.

Ikatan cinta Jennifer dan John makin utuh.

Pasangan ini pernah bertunang pada 2002 namun membatalkan perkahwinan mereka pada tahun berikutnya.

Ia merupakan perkahwinan keempat JLo dan kedua buat Ben.

Pada 21 Februari lalu, Ben dan JLo secara rasmi bercerai selepas Mahkamah Tinggi di Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan permohonan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain