suria

Taeil berdepan tuduhan ‘quasi rape’, turut didakwa bersama 2 lagi rakan subahat

Sebutan pertama kes Taeil ditetapkan pada 12 Mei 2025.

BEKAS anggota kumpulan NCT iaitu Taeil berdepan dengan tuduhan ‘quasi rape’ atau melakukan serangan seksual di luar kesedaran mangsa terhadap seorang wanita tahun lalu.

Turut diseret ke mahkamah adalah dua lagi rakannya yang berdepan tuduhan sama.

Perbicaraan kes dengan pertuduhan itu akan disebut di Mahkamah Daerah Pusat Seoul untuk perbicaraan awal pada 12 Mei 2025.

Taeil berdepan tuduhan melakukan 'quasi rape' pada seorang wanita.

Perbicaraan kes itu susulan dakwaan rasmi terhadap ketiga-tiga tertuduh dibuat pada 28 Februari lalu oleh Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul kerana melanggar Akta Hukuman Jenayah Seksual.

Pada Jun tahun lalu, kes tersebut menarik perhatian apabila Taeil dan dua yang lain didakwa melakukan serangan seksual tanpa persetujuan terhadap seorang wanita yang dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan ketika diserang.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, serangan seksual dilakukan terhadap seseorang dalam keadaa tidak sedarkan diri atau tidak dapat melawan diklasifikasikan sebagai ‘quasi rape’.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama terpalit kes jenayah seksual, Taeil digugurkan daripada NCT

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil NCT dituduh ganggu wanita sejak 6 tahun lalu, siap pasang kamera tersembunyi dan ugut

Sebagai tindak balas kepada kontroversi berkenaan, Taeil menarik diri daripada NCT dan agensi pengurusannya, SM Entertainment.

Syarikat itu secara rasmi mengumumkan penamatan kontrak eksklusifnya pada 15 Oktober tahun lalu.

Taeil merupakan sebahagian daripada NCT yang memulakan kerjaya pada tahun 2016.

Kumpulan itu kini mempunyai lebih dua dozen ahli yang dibahagikan kepada beberapa subunit, termasuk NCT 127, NCT Dream dan NCT Wish.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain