PENYANYI Cassie Ventura mendedahkan dia dipaksa mengikut segala kegiatan seksual membabitkan bekas kekasihnya yang juga mogul rap P. Diddy.
Cassie mendakwa dia juga dipaksa melakukan hubungan seks dengan pelacur lelaki sambil ditonton oleh Diddy.
Katanya lagi, Diddy akan bertindak kejam dengan memukulnya sehingga lebam jika tidak mengikut arahan diberikan.
Cassie hadir ke mahkamah dengan keadaan hamil.
Bukan itu saja, rakan-rakan Diddy juga akan mencarinya sekiranya dia menyembunyikan diri atau mengabaikan panggilan daripada bekas kekasihnya itu.
"Dia akan pukul, seret, tendang dan hentak kepala saya jika tidak ikut arahannya.
"Muka saya selalu jadi sasaran untuk dicederakan," katanya.
Cassie membuat kenyataan itu ketika tampil sebagai saksi perbicaraan membabitkan pemerdagangan dan jenayah seks membabitkan Diddy.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes pukul bekas kekasih, peguam Cassie anggap permohonan maaf P. Diddy terdesak dan tidak ikhlas
ARTIKEL BERKAITAN: Video P. Diddy bertuala ‘kerjakan’ kekasih di hotel tersebar, bukti pernah lakukan keganasan
Dedah Cassie lagi, dia juga dipaksa mengambil dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Akibat pengambilan dadah, Cassie memberitahu dia tidak menyedari apa yang berlaku kepadanya.
"Saya tidak sedar jadi tiada perasaan ketika melakukan seks," tambahnya.
Dia juga pernah merayu kepada Diddy agar berhenti melakukan perbuatan itu namun semuanya sia-sia.
Cassie didakwa terlibat dalam pemerdagangan dan jenayah seks.
Bercerita detika perkenalan mereka, Cassie memberitahu dia bertemu dengan Diddy ketika berusia 19 tahun bagi menandatangi penjanjian kontrak dengan syarikat rakaman miliknya iaitu Bad Boy Records.
Cassie memberitahu Diddy berjanji menghasilkan 10 album namun hanya melancarkan sebuah album.
Kali pertama Diddy melakukan serangan seksual terhadapnya ketika dia berusia 21 tahun dan timbul perasaan takut terhadapnya sejak itu.
Namun mereka kerap bertemu selepas itu kononnya berbincang mengenai kerjaya muziknya dan berakhir menjadi hubungan seksual.
Rakaman video Cassie dipukul dengan Diddy.
Sementara itu, peguam mewakili Cassie memberitahu anak guamnya sudah beberapa tahun tidak bertemu Diddy malah kehadiran di mahkamah adalah kali pertama selepas dia berjaya membebaskan diri.
Sebelum ini, rakaman video Diddy memukul Cassie sekitar tahun 2016 tular sekali gus mendakwa dirinya berada dipihak yang benar.
Tidak lama itu, Diddy tampil memohon maaf dan mengakui perbuatan itu namun tidak diendahkan Cassie.
Cassie dan Diddy pernah menjadi kekasih.
Diddy atau Sean John Combs, 55, ditahan oleh pihak polis pada 16 September tahun lalu di sebuah hotel atas tuduhan jenayah pemerdagangan dan keganasan seks membabitkan lebih 50 individu.
Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu termasuk artis lelaki seperti Usher, Justin Bieber, Jaden Smith dan Meek Mill.
Diddy bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan dilemparkan kepadanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!