PENAMPILAN suami pelakon Barbie Hsu iaitu DJ Koo mengejutkan ramai selepas empat bulan pemergian isteri tercinta.
Sejak kematian Barbie, DJ Koo mengambil keputusan berehat daripada dunia seni dan tidak pernah muncul di khalayak.
Bagaimanapun tindakan ibu mendiang iaitu Huang Chun Mei memuat naik foto mereka meraikan Hari Ibu bersama ahli keluarga lain membuat ramai hampir tidak mengenali DJ Koo.
Foto keluarga yang dikongsikan ibu mendiang Barbie.
Dalam foto tersebut, DJ Koo yang mengenakan kemeja T berwarna hitam dan bertopi kelihatan kurus.
Menurut Chun Mei, menantunya itu tidak terurus sejak pemergian Barbie kerana terlalu merinduinya.
“Hari Ibu tahun ini terasa amat menyedihkan. Menantu lelaki saya semakin hari semakin kurus, merindui anak perempuan saya,” tulisnya pada bahagian kapsyen foto tersebut.
Susulan itu, ramai meluahkan rasa simpati terhadap DJ Koo dan berharap dia kembali bangkit daripada kesedihan.
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Koo tolak warisi harta Barbie Hsu, mahu serah pada ibu mentua
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Meteor Garden’ Barbie Hsu meninggal dunia selepas pulang bercuti dari Jepun
Ramai turut meninggalkan nasihat dan kata-kata semangat buatnya dan memintanya menjaga diri.
Untuk rekod, Barbie menghembuskan nafas terakhir pada 3 Februari lalu akibat penyakit pneumonia ketika meraikan Tahun Baru Cina di Jepun.
Barbie dan DJ Koo mendirikan rumah tangga pada 2022 namun tidak mempunyai cahaya mata.
Sebelum itu, Barbie pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan dari China, Wang Xiao Fei dan memiliki dua orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!