ANGGOTA kumpalan BTS iaitu Jin meluahkan rasa teruja apabila pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise bakal tampil dalam program TV kendaliannya.
Lebih membanggakan lagi kata Jin, wakil pelakon itu sendiri yang menghubunginya bagi kolaborasi berkenaan.
Menganggap ia sebagai satu peluang keemasan, Jin juga tidak berfikir panjang memberi kata setuju.
Jin teruja apabila pihaknya dihubungi Tom.
“Kami tidak menghubungi dia, sebaliknya team Cruise sendiri yang memberitahu mahu muncul dalam program saya.
“Saya hargai peluang tersebut dan akan cuba merealisasikan permintaan itu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua individu cium Jin BTS rupanya ‘influencer’ Jepun, Army buat laporan polis
ARTIKEL BERKAITAN: Padah cium pipi Jin BTS, wanita berusia 50-an didakwa di mahkamah
Difahamkan Cruise bakal tampil sebagai tetamu episod terbaharu program Run Jin.
Ia juga sempena kehadiran aktor berkenaan ke Korea Selatan bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul Mission: Impossible - The Final Reckoning.
Untuk info, Run Jin merupakan program yang dilancarkan selepas Jin pulang daripada latihan ketenteraan pada Jun tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!