suria

Hampir 20 tahun bergelar penyanyi, ibu urus kewangan Ayu Ting Ting

Ayu menyerahkan segala urusan kewangan pada ibunya.

MEMULAKAN karier pada tahun 2006, penyanyi Ayu Ting Ting mendedahkan dia sama sekali tidak tahu berapa banyak wang sudah terkumpul selepas hampir dua dekad bekerja.

Kata Ayu atau Ayu Rosmalina, 33, dia sebaliknya memberikan kepercayaan penuh kepada ibunya iaitu Umi Kalsum menjaga kewangannya.

Ayu tidak tahu jumlah duit yang dikecapi selama bergelar artis.

"Selama saya bekerja sehjngga ke hari ini, saya tidak tahu berapa banyak wang yang saya ada.

"Sejak dulu saya serahkan segalanya kepada ibu bab pengurusan kewangan.

"Apa yang saya tahu orang yang bekerja di rumah saya semuanya gembira," katanya.

ARTIKE BERKAITAN: Tak ramai kawan artis, Ayu Ting Ting rupanya pemalu dan introvert

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting dianggap biadab, pergi kenduri kahwin pakai gaun seksi

Sebagai manusia biasa, Ayu juga mempunyai keinginan peribadi yang memerlukan duit untuk memenuhi kehendaknya.

Jelasnya setiap kali mahu berbelanja dia akan berjumpa ibunya dan meminta duit untuk dibelanjakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain