suria

Baru 2 bulan peluk Islam, Ruben Onsu bakal tunai ibadah haji

Ruben bakal tunai haji tidak lama lagi.

HAMPIR dua bulan memeluk agama Islam, pengacara Ruben Onsu bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji pada penghujung Mei ini.

Kembali meraih perhatian netizen di media sosial, Ruben atau Ruben Samuel Onsu, 42, juga dilihat bersemangat dan tekun ketika menjalani kursus persediaan melaksanakan haji.

Menariknya, Ruben tidak menulis keterangan panjang tentang peluang menunaikan haji, sebaliknya hanya menyemat kalimah singkat yang penuh makna.

Ruben peluk Islam pada 1 April lalu.

“Ya Allah,” katanya ringkas berserta emoji tangan sedang berdoa.

Ruben berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perjalanan Ruben yang baru sahaja memeluk Islam dan menganggapnya bertuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruben Onsu berjaya hafal surah pendek selepas 2 hari peluk Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad ucap syukur Ruben Onsu peluk Islam, doa kuat jalani hidup sebagai seorang Muslim

Malah mereka juga mendoakan agar Ruben dikurniakan haji yang mabrur.

“Masya-Allah, yang mualaf sudah berpeluang tunai haji, semoga mendapat haji yang mabrur.

“Kagum betul dengan Ruben yang bersungguh mendalami Islam.

Hampir dua bulan Ruben memeluk Islam.

“Terharu tengok Ruben bakal jadi tetamu Allah, semoga dipermudahkan urusannya,” tulis netizen.

Pada 1 April lalu, Ruben mengejutkan peminatnya apabila mengesahkan sudah memeluk Islam.

Kata Ruben, dia sudah lama mempertimbangkan keputusan memeluk Islam dan ia bukan paksaan daripada mana-mana pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain