suria

Dituduh pukul bekas kekasih, Jeon Ho Joon tunjuk bukti kena belasah sampai berdarah

Ho Joon tampil mempertahankan dirinya.

PELAKON Jeon Ho Joon tampil menjelaskan situasi sebenar susulan tular dakwaan dia mencederakan bekas kekasihnya dikenali sebagai Miss A.

Menceritakan kembali kejadian pada awal pagi Sabtu, Ho Joon tidak menafikan berlaku pergelutan di antara mereka sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

Namun menurutnya ia berpunca daripada tindakan Miss A yang mendesak untuk masuk ke rumahnya.

Ho Joon menunjukkan bukti kecederaan yang dialami.

"Saya akui ada pertengkaran melibatkan fizikal di antara kami namun ia adalah kejadian tidak dapat dielakkan apabila dia cuba masuk rumah saya tanpa kebenaran.

"Tindakan saya itu adalah untuk mempertahankan diri apabila diserang olehnya," katanya.

Pelakon ini turut berkongsi gambar kecederaan pada bahagian muka akibat pergaduhan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokalis band mengaku cabul wanita, mahu bersemuka mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat selar tindakan Lisa hantar nama ke Anugerah Emmy, anggap belum layak tercalon

Malah dia juga telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan termasuk menyerahkan bahan bukti untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Dalam masa sama, Ho Joon juga tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut sekiranya ada pihak menyebarkan berita tidak benar dan cuba mengeruhkan keadaan.

"Banyak liputan media dan ramai menghubungi saya sehingga menyebabkan saya mengalami tekanan emosi.

"Jika dakwaan palsu berterusan saya akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi kerjaya dan orang sekeliling," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain