suria

Yulhee rebah di garisan penamat, tetap habiskan larian mahu buat anak-anak bangga

Yulhee rebah sejurus tamatkan larian 10 kilometer.

PENYANYI Yulhee rebah sejurus selesai menamatkan larian maraton sejauh 10 kilometer.

Perkara itu terjadi ketika Yulhee, 28, menyertai program Run For Your Life.

Seramai 16 ahli program itu menyertai perlumbaan 'survival' bertujuan memecahkan rekod terdahulu dalam larian 10 kilometer di 'Sunset Marathon'.

Yulhee mahu anak-anak bangga dengannya.

Pada awal perlumbaan, larian Yulhee dilihat stabil dan tiada masalah dihadapi.

Namun di pertengahan pertandingan, larian penyanyi itu dilihat goyah sebelum dia dilihat menangis sambil nafasnya tercunggap-cunggap.

Berbekalkan semangat mahu anak-anak bangga dengannya, Yulhee menguatkan semangat dan teruskan larian sehingga ke garisan penamat.

Walaupun mengalami tekanan fizikal, Yulhee berjaya menamatkan perlumbaan tetapi rebah di garisan penamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dedah skandal bekas suami, Yulhee tuntut hak penjagaan anak pula

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran

Sejurus itu kakitangan perubatan kecemasan segera hadir untuk terus merawatnya.

Untuk rekod, Yulhee pernah berkahwin dengan penyanyi Choi Minhwan pada 2018 namun bercerai lima tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain