suria

RM BTS menang American Music Awards 2025, tewaskan Rose Blackpink dan Stray Kids

RM masih menjalani latihan ketenteraan.

SELEPAS mencipta kejayaan bersama kumpulan BTS, penyanyi RM kini boleh berbangga apabila sekali lagi mengungguli trofi Artis Kpop Kegemaran sempena American Music Award (AMA) 2025.

Ini membuktikan nama RM atau Kim Na Joon, 31, kekal mendapat perhatian peminat meskipun sudah lama tidak tampil dengan lagu baharu. 

Lebih membanggakan lagi, dia menewaskan nama besar lain yang turut tercalon dalam ketegori sama seperti Jimin, Ateez, Rose Blackpink dan Stray Kids.

RM dinobat sebagai Artis Kpop Kegemaran AMA 2025.

RM bagaimanapun tidak dapat hadir menerima anugerah yang berlangsung Hotel Fontainebleau Los Angeles pada Isnin lalu.

Ia ekoran penyanyi ini masih lagi menjalani latihan ketenteraan yang dijangka tamat pada Jun. 

RM merupakan pemenang kedua kategori berkenaan selepas AMA  tidak lagi dianjurkan sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun bersama BTS, RM akui sudah tidak kenal diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kejayaan album di Instagram, RM BTS dituduh tak sensitif insiden menimpa Suga

Sebelum ini, BTS membawa pulang trofi sama pada tahun 2022. 

Dalam pada itu, penyanyi Billie Eilish muncul sebagai pemenang keseluruhan selepas berjaya meraih tujuh trofi termasuk Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Artis terbaik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain