UCAPAN selamat hari ulang tahun daripada pelakon Nikita Mirzani buat anak perempuannya iaitu Laura Meizani Mawardi mencuri perhatian di media sosial.
Meskipun kini sedang berada di bawah tahanan polis, Nikita, 39, tidak lupa untuk memberi kata-kata semangat serta doa buat Laura atau mesra disapa Lolly yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 pada Rabu.
“Hidup tidak pernah mudah dan kamu akan berdepan rintangan tertentu. Saat gelap, berjalanlah menuju terang.
Foto Nikita bersama anaknya Lolly sewaktu dia masih kecil.
“Sentiasa percaya pada diri sendiri dan jangan lupa kami sentiasa di sisi.
"Semoga hari ini memberi kamu banyak sebab untuk tersenyum dan dihujani dengan rahmat yang tidak terkira banyaknya," katanya.
Ucapan tersebut dipercayai ditulis oleh pengendali akaun rasmi Instagram milik Nikita.
Biarpun hubungan dengan Lolly pernah renggang, namun Nikita tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
ARTIKEL BERKAITAN: Terkait kes peras ugut dan penggubahan wang haram, Nikita Mirzani dan pembantu peribadi ditahan polis
ARTIKEL BERKAITAN: Berkat kedatangan Ramadan, Nikita Mirzani dan anak perempuan berpelukan lupakan sengketa
Untuk info, Nikita, kini masih dalam tahanan polis kerana disyaki melakukan pemerasan ugut terhadap seorang doktor estetik yang dikenali sebagai Reza Gladys.
Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember 2024 selepas mendakwa pelakon itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya di media sosial.
Jika disabitkan kesalahan, Nikita boleh dihukum penjara maksimum enam tahun.
Tidak hanya itu, Nikita turut berdepan dengan dakwaan membabitkan pengubahan wang haram yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube