suria

Anak Paris Hilton nampak hantu, tunjuk sesuatu arah pintu

Phoenix (kanan) memberitahu dia ternampak hantu di pintu bilik Paris.

SELEBRITI terkenal Paris Hilton meluahkan rasa bimbang terhadap anak lelakinya, Phoenix yang didakwa melihat kelibat hantu di kediaman mereka di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat. 

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Paris memaparkan reaksi anaknya itu berulang kali memberitahu dia melihat sesuatu. 

Lebih menyeramkan lagi, Phoenix turut menunjukan ke arah pintu bilik tempat kelibat yang dilihat itu berada. 

Paris meluahkan rasa bimbang melihat situasi dialami anaknya.

“Ada hantu di sana, bilik mama (panggilan Paris). Bilik mama… Hantu di pintu ini,” kata anak kecil itu. 

Bingung dengan situasi yang berlaku, Paris meminta pendapat orang ramai sekiranya ada yang berdepan perkara sebegitu. 

"Saya terkejut... kepada ibu di luar sana, adakah situasi ini berlaku kepada anak kecil anda. 

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sangkal pernah suntik botoks, kecantikan dimiliki semula jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Paris Hilton hangus dijilat api, sedih banyak kenangan musnah

"Saya ingin tahu untuk pastikan ia benar atau tidak," ujarnya. 

Untuk rekod, Paris berkahwin dengan Carter Reum pada November 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata melalui kaedah ibu tumpang iaitu Phoenix, 2, dan London yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

Artikel Lain