suria

Netizen kecam Lee Min Ho terima hadiah hari jadi, selebriti lain galak peminat bersedekah

Min Ho menerima banyak hadiah pemberian peminat sempena ulang tahun kelahiran ke-38.

TINDAKAN pelakon Lee Min Ho yang masih terbuka menerima hadiah pemberian peminat sempena ulang tahun kelahirannya menerima pelbagai reaksi di media sosial. 

Allkpop melaporkan, rata-rata netizen menyifatkan pelakon berkenaan tidak sensitif dengan situasi sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat sehingga tergamak menerima hadiah mahal daripada peminat. 

"Ramai artis sekarang sudah tidak menerima hadiah sebaliknya menggalakkan peminat untuk menderma, tetapi nampaknya Min Ho tidak seperti itu. 

Min Ho mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengirimkan hadiah.

"Dengan isu semasa yang berlaku sekarang, ia sangat memalukan apabila Min Ho masih mahu menerima hadiah pemberian peminat. 

"Agaknya Min Ho masih berharap dapat layanan dan hadiah yang banyak pada tahun depan," tulis netizen. 

Pada Ahad, Min Ho mengucapkan terima kasih atas hadiah ikhlas pemberian peminat yang diterima sempena ulang tahun kelahiran ke-38.

ARTIKEL BERKAITAN: G-Dragon dikenang pemula trend tolak hadiah peminat, sumbangan kepada badan amal jadi ikutan

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho tak kenal Park Bom secara peribadi, gosip dah jadi suami tidak berasas

Menerusi hantaran dibuat, pelakon drama Boys Over Flowers berkongsi foto memaparkan limpahan hadiah yang diterima termasuk kek dan jambangan bunga. 

Sebelum ini, ramai selebriti di Korea Selatan termasuk penyanyi G-Dragon sudah mula menolak hadiah pemberian peminat. 

G-Dragon bagaimanapun menggalakkan konsep derma kepada golongan memerlukan dan bukannya dengan memberi barangan mahal sebagai hadiah. 

Susulan itu, peminat berjaya membuat kutipan derma sebanyak 8.18 juta KRW (RM2.4 juta) yang disalurkan kepada badan amal bersempena ulang tahun kelahiran penyanyi berkenaan beberapa tahun lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain