HASRAT peminat kumpulan BTS untuk menyaksikan semua ahli kembali bergabung dan membuat kemunculan semula mungkin perlu ditangguhkan.
Ia susulan muncul sebuah petisyen yang menggesa stesen TV KBS di Korea Selatan untuk melakukan penelitian terhadap penampilan salah seorang anggotanya iaitu Suga disebabkan isu berkaitan menunggang skuter dalam keadaan mabuk.
Dalam sebuah surat yang dikeluarkan, pihak berkenaan bimbang sekiranya Suga memberi pengaruh tidak elok dalam kalangan penonton terutama generasi muda.
BTS dijangka akan buat kemunculan semula tahun hadapan.
"Dia seorang yang mempunyai pengaruh besar terhadap golongan muda. Bimbang kemunculannya akan mengurangkan kesedaran sosial terhadap kesalahan jenayah.
"Sila tubuhkan jawatankuasa semakan untuk menjamin kepercayaan penonton dan menunaikan tanggungjawab sebagai syarikat penyiaran," jelas pestisyen berkenaan yang ditampal di sebuah papan buletin pejabat KBS.
Stesen KBS pernah mengenakan sekatan terhadap beberapa selebriti seperti Kwak Do Won, Kim Ho Joong dan mendiang Kim Sae Ron disebabkan terpalit kontroversi.
ARTIKEL BERKAITAN: Suga BTS mohon maaf buat peminat kecewa, pernah terfikir tinggalkan kerjaya seni
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tak fikir panjang sebelum keluar kenyataan, Suga BTS buat permohonan maaf kali kedua
Suga sebelum ini dikenakan denda sebanyak hampir RM50,000 atas kesalahan yang dilakukan Februari tahun lalu.
Sementara itu, difahamkan kumpulan BTS dijangka akan kembali aktif selepas Suga tamat menjalani latihan ketenteraan pada 21 Jun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube