suria

Brad Pitt mula menyesal, masih sayang Angelina Jolie... Cerai jejaskan hubungan dengan anak-anak

Brad masih rindukan Angelina.

LEBIH sembilan tahun berpisah, pelakon Brad Pitt dikatakan menyesal perkahwinannya dengan aktres Angelina Jolie berakhir. 

Menurut sumber, perasaan bersalah mula timbul di hati Brad selepas mereka dokumen perceraian mereka disahkan oleh mahkamah tahun lalu. 

Malah kisah rumah tangga mereka yang sebelum ini menjadi liputan hangat masih membayangi hidup Brad. 

"Sejak mereka sah bercerai, dia benar-benar menyesal. Dia mencintai Angelina, dan dia tahu telah melakukan kesilapan besar," kata sumber berkenaan. 

Pertikaian undang-undang yang panjang antara Brad dan Angelina juga menjadi satu pengalaman yang sangat mencabar secara emosi.

Lebih memberi kesan apabila hubungannya bersama anak-anak juga semakin renggang terutama selepas salah seorang daripada mereka mula menukar nama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Brad Pitt’ merayu bayar kos rawat buah pinggang, wanita ditipu RM4 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie dan Brad Pitt akhirnya sah bercerai selepas 8 tahun berpisah

"Ia merupakan situasi yang sangat berpecah-belah dan toksik," ujarnya.

Untuk rekod, Angelina berkahwin dengan pelakon Brad Pitt pada 2014, namun berpisah dua tahun kemudian. 

Mereka sah bercerai pada Disember tahun lalu.

Mereka memiliki tiga orang cahaya mata bersama iaitu Shiloh, Vivienne dan Knox.

Selain itu mereka turut mengambil tiga angkat iaitu Maddox, Pax dan Zahara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain