SELEPAS dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Luna Maya dikhabarkan kini hamil anak pertama.
Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Luna, namun khabar angin tersebut menjadi bualan ramai dan dikatakan dia hamil anak kembar.
Malah respons ringkas suaminya iaitu Maxime Bouttier juga seolah tidak menafikan spekulasi berkenaan.
Maxime enggan mengulas lanjut berhubung berita kehamilan isterinya.
"Sudahlah, come on guys. Maaf," katanya ringkas apabia ditanya media.
Sikap yang ditunjukkan Maxime itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang beranggapan dia seolah-olah mengiyakan bakal bergelar bapa.
"Belum ada pengumuman (berita hamil) daripada mereka tetapi di Facebook sudah tersebar gosip mengatakan Luna hamil anak kembar.
ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya sah jadi milik Maxime Bouttier dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: Mi segera antara juadah majlis kenduri Luna Maya dan Maxime Bouttier
"Alhamdulillah kalau betul hamil, kalau belum tak mengapa. Tujuan menikah bukan cuma hanya untuk memiliki cahaya mata. Semoga Luna dan Maxime terus bahagia," tulis netizen.
Spekulasi kehamilan Luna mula menjadi bualan selepas gambar dia bersama lelaki dipercayai seorang doktor menunjukkan hasil pemeriksaan USG (ultrasonografi) kandungan tersebut.
Untuk rekod Luna dan Maxime sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada acara pernikahan yang berlangsung di Bali, Indonesia.
Peminat tidak sabar menunggu khabar berita daripada Luna (kiri) dan Maxime.
Upacara pernikahan pasangan selebriti ini turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube Luna.
Luna dan Maxime mula menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2023.
Pada April lalu, Maxime melamar Luna dengan melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah aktres itu semasa mereka bercuti di Jepun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube