PERSEMBAHAN penyanyi Jam Hsiao di Taipei Dome menjadi bualan ramai gara-gara terjadi satu insiden memalukan ketika dia di atas pentas.
Tampil menghiburkan peminat dengan penuh bertenaga, Jam Hsiao, 38, bagaimanapun terpaksa menanggung malu apabila seluar yang dipakai terkoyak.
Detik tersebut disaksikan oleh lebih 1,000 penonton yang hadir dan kejadian itu juga turut memperlihatkan sebahagian seluar dalamnya berwarna merah.
Jam tetap meneruskan persembahan.
"Alamak! Seluar saya terkoya," katanya di atas pentas.
Sedar akan situasi itu, Jam tetap meneruskan persembahan sehingga selesai menyanyikan lagu berjudul Princess.
Malah dia juga turut membuat aksi meluncur di atas pentas sebagai penutup persembahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Salah beri ucapan, peminat Ariana Grande berkecil hati... Rasa tidak dihargai
ARTIKEL BERKAITAN: Kanser serviks hampir musnahkan impian, kini ChoA hamil anak kembar
Penyanyi itu hanya mengikat jaket di pinggang sebagai langkah menutup bahagia celah kangkang yang terdedah
Selepas tamat persembahan dia kemudian berkongsi gambar seluar berkenaan dengan hampir 10 sentimeter ukuran terkoyak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube