PELAKON dan pengarah Baim Wong tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dia kini sedang bercinta dengan aktres Kimberly Ryder.
Menafikan wujud hubungan istimewa antara mereka, kata Baim, 44, orang ramai pasti akan mengetahui perkara tersebut sekiranya ia benar-benar berlaku.
Baim enggan ulas lanjut kisah peribadi.
Malah dia juga menegaskan bahawa Kimberly sudah ada kekasih hati sekali gus menjelaskan situasi sebenar.
"Kimberly sudah ada kekasih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kalau kami ada apa-apa hubungan mesti jelas kelihatan," katanya.
Dalam masa sama Baim juga enggan memberi komen lanjut atau terus bercakap tentang perkara itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong terbukti tak menipu, hakim sabit Paula Verhoeven nusyuz sebab curang
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon janda rapat dengan anak-anak, ramai sangka Baim Wong sudah temui pengganti
Bagi sebarang kata-kata akan menimbulkan lebih banyak persoalan dalam kalangan peminat.
"Sebenarnya itu kan cerita daripada netizen, bukan daripada saya. Buat apa saya nak jelaskan?" tegasnya.
Baim juga memberitahu hubungan dia bersama Kimberly adalah secara profesional dan hanya melibarkan urusan kerja.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube