PENYANYI Chaeyoung berkongsi pengalaman sukar ketika mula mencipta nama dalam dunia seni sehingga membuatkan dia terfikir untuk berhenti.
Kata Chaeyoung, 26, jadual promosi yang padat memberi tekanan besar kepadanya kerana kekurangan waktu rehat, termasuk tidur dalam tempoh yang singkat.
Malah, anggota kumpulan TWICE ini juga mengakui cabaran menjadi lebih hebat apabila lagu mereka berjudul Cheer Up dan TT mendapat sambutan hangat peminat.

Jadual yang sibuk memberi tekanan buat Chaeyoung.
"Jika dapat tidur lama pun, hanya untuk dua atau tiga jam sahaja. Waktu itu adalah yang paling sukar buat saya.
"Saya rasakan seperti tidak mampu lakukan semua itu lagi," katanya dalam satu temu bual.
Bukan sahaja sibuk dengan aktiviti seni, Chaeyoung juga perlu bergelut dengan jadual persekolahan.
ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik 10 kilogram, Seo In Young tak pernah menyesal... Kini hidup lebih gembira
ARTIKEL BERKAITAN: Badan sasa Baekho sering jadi perhatian, rancang masa terbaik buka baju depan peminat
Malah, masalah itu turut mengundang perbalahan antara Chaeyoung dan ibunya apabila dia menyuarakan hasrat untuk berhenti menyanyi.
Namun, nasihat yang diberikan oleh ibunya memberi semangat buat penyanyi itu dan membuatkan dia terus bertahan bersama kumpulan TWICE.
"Ibu saya katakan, rugi berlatih selama tiga tahun tetapi saya tidak mahu teruskan," kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


