PENYANYI Britney Spears mendakwa dirinya mengalami kecederaan otak selepas melalui pengalaman hidup yang dianggap paling gelap.
Jelas Britney, 44, punca perkara tersebut berlaku adalah dia pernah dikurung selama empat bulan selain dipaksa tidak menggunakan kaki atau badannya untuk bergerak.
"Sayap saya seolah-olah telah patah, dan saya rasa saya mengalami kecederaan otak sejak lama dahulu. Namun saya bersyukur masih hidup.

Ada yang mendakwa hantaran tersebut ditujukan kepada bekas suaminya.
"Pengalaman itu mencederakan tubuh saya sehingga tidak boleh menari atau bergerak selama lima bulan,” katanya.
Britney mendedahkan kisah tragik terebut melalui hantaran di Instagramnya baru-baru ini.
Jelas Britney, walaupun ketika ini dia sering dilihat pelik oleh orang luar, namun ia sebenarnya membantu dirinya untuk kembali pulih dan menguatkan kembali semangatnya.
Di penghujung luahan tersebut, penyanyi lagu Gimme More itu menegaskan bahawa walaupun tulisannya mungkin kelihatan tidak masuk akal, namun dia hanya mahu menyampaikan sesuatu yang benar kepada umum.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bersepah dan kotor penuh tahi anjing, Britney Spears dikecam tak jaga kebersihan
ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears selesa hidup sederhana, pandu Nissan Sentra harga RM96,000
Pendedahan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen malah ada menganggap Britney cuba untuk mengaburi mata peminat yang tertumpu kepada pelancaran buku bekas suaminya, Kevin Federline bertajuk You Thought You Knew tidak lama lagi.
Kandungan buku tersebut juga didakwa mengandungi pelbagai pendedahan mengenai rumah tangga mereka.
Antaranya isinya ialah Britney pernah memegang pisau ketika anak-anak mereka sedang tidur dan mengambil dadah ketika menyusukan bayi.
Untuk info, Britney dan Kevin berkahwin pada September 2004 dan dikurniakan dua orang anak lelaki sebelum bercerai selepas tiga tahun perkahwinan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


