suria

Penyanyi dakwa jadi mangsa diskriminasi, saksi tampil dedah cerita sebenar... "Dia dalam keadaan mabuk"

Soyou mendakwa dia jadi mangsa diskriminasi pramugari.

BEKAS ahli kumpulan Sistar iaitu Soyou, mendakwa dirinya menjadi mangsa diskriminasi perkauman ketika menaiki penerbangan pulang dari Amerika Syarikat.

Menerusi satu hantaran di Instastory miliknya, Soyou berkongsi detik tidak menyenangkan yang berlaku ketika menaiki pesawat Delta Air Lines dalam perjalanan dari Atlanta ke Korea Selatan selepas selesai menghadiri acara di New York.

Menurut penyanyi itu, dia hanya bertanyakan tentang waktu makan dan meminta bantuan kru kabin berbangsa Korea Selatan. 

Soyou dakwa dia menahan lapar selama 15 jam.

Bagaimanapun tindakannya itu didakwa disalah faham oleh ketua pramugari yang kemudian melabelnya sebagai penumpang bermasalah dan memanggil pihak keselamatan.

“Saya cuma minta pramugari Korea sebab nak tanya waktu makan. Tapi saya terus dianggap penumpang bermasalah dan mereka panggil sekuriti.

"Saya cakap, ‘kalau saya masalahnya, saya boleh turun dari kapal terbang.’ Tapi selepas itu, saya kena hadap layanan dan pandangan yang sangat dingin sepanjang penerbangan,” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, Soyou berkata dia langsung tidak menjamah sebarang makanan sepanjang lebih 15 jam penerbangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Syarikat pengurusan tetapkan berat badan, Soyou Sistar pengsan di tepi jalan sebab diet ekstrem

ARTIKEL BERKAITAN:Soyou (Sistar) Kongsi Rahsia Kurus

“Saya tak dapat makan apa-apa pun. Ia jadi satu pengalaman yang sangat menyakitkan dan saya rasa ini adalah satu bentuk diskriminasi perkauman.

"Saya harap tak ada sesiapa pun yang perlu melalui pengalaman sebegini hanya kerana bangsa mereka,” ujarnya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat K-Pop yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Soyou, selain mengecam layanan syarikat penerbangan terbabit. 

Namun begitu, isu ini menjadi semakin hangat apabila seorang individu yang turut berada dalam penerbangan sama tampil menafikan dakwaan Soyou, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kejadian sebenar. 

Ia jadi satu pengalaman yang sangat menyakitkan dan saya rasa ini adalah satu bentuk diskriminasi perkauman.

SOYOU

PENYANYI

Individu terbabit mendakwa penyanyi itu berada dalam keadaan mabuk, bersikap agak bising, dan bukan menjadi mangsa diskriminasi seperti dikatakan. 

"Saya berada dalam penerbangan yang sama… Soyou, dalam keadaan mabuk, berkata dia penat dan tak mahu makan. Saya juga dengar kakitangan berkata bahawa penumpang sepatutnya tidak menaiki pesawat dalam keadaan mabuk. 

"Memandangkan ia penerbangan malam, saya pada mulanya tak perasan apa-apa. Tapi selepas duduk, saya mula dengar suasana jadi agak bising dan bila saya lihat, rupa-rupanya itu Soyou. 

"Dia sendiri mengaku yang dia mabuk dan tak dapat baca menu, jadi dia minta pramugari berbangsa Korea. Tiada sebarang penglibatan sekuriti pun," ujarnya.

Setakat ini, Soyou masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap tuduhan dia sengaja memutar belit cerita sebenar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain