KETIKA berdepan kemelut dengan bekas isteri, nama pengacara Ruben Onsu sekali lagu mencuri perhatian apabila hubungan dengan keluarga kandungnya turut dikatakan sedang bermasalah.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh adik Ruben iaitu Jordi Onsu yang memberitahu dia dan hali keluarga lain sudah terputus hubungan dengan abangnya itu.
"Tidak ada komunikasi kerana kami sekeluarga telah disekat oleh Ruben.

Ruben sudah lama tidak berjumpa keluarga.
"Kali terakhir berkomunikasi sebelum disekat mungkin sekitar 2022. Selepas itu tiada lagi komunikasi antara kami sehingga hari ini," katanya dalam satu temu bual.
Jordi yang juga merupakan seorang pengacara mendedahkan perkara tersebut selepas kelibatnya tidak lagi dilihat bersama Ruben dalam mana-mana acara.
Jordi bagaimanapun tidak bercerita punca sebenar yang membawa kepada perselisihan faham antara mereka sekeluarga.
Jordi juga mendakwa cuba membuat permohonan maaf namun hubungannya dengan orang terdekat Ruben juga telah disekat.
ARTIKEL BERKAITAN: Peguam dedah Ruben Onsu masih tanggung insurans dan kos elektrik bulanan bekas isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Tak fasih berbahasa Inggeris, Ruben Onsu kelaparan sepanjang penerbangan ke India
"Orang yang ada disekelilingnya juga tidak boleh berkomunikasi dengan saya," ujarnya.
Dalam pada itu, Jordi menegaskan hubungannya dengan adik-beradik lain masih baik dan tinggal sebumbung.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


