SELEPAS melahirkan cahaya mata keempat, penyanyi Cardi B memilih cara unik untuk mengabdikan detik manis tersebut dengan mengubah tali pusat bayinya menjadi loket emas.
Menurut laporan E News!, loket emas berbentuk hati itu merupakan kerjasama antara Cardi dengan pemilik Mommy Made Encapsulations, Juliane Marie Corona.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Juliane menunjukkan proses membentuk tali pusat menjadi bentuk hati sebelum dikeringkan dan dicelup ke dalam krom emas bagi menghasilkan kemasan berkilat.

Cardi melahirkan anak keempat pada 4 November lalu.
“Di sinilah perjalanan bermula. Kini menjadi kenangan yang akan dia hargai selamanya,” tulis Juliane di kapsyen video tersebut.
Kos pembuatan kenangan yang dilakukan oleh Cardi itu dianggarkan sekitar $615 (RM2,500).
Pada 4 November lalu, Cardi selamat melahirkan bayi lelaki hasil hubungan Bersama atlet NFL, Stefon Diggs.
ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B jawab soalan peminat, beritahu selalu hamil sebab kerap buat seks
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pelik Cardi B umum hamil anak Stefon Diggs... "Dia belum cerai, teman lelaki pula baru dapat anak dengan perempuan lain"
Cardi kemudiannya berkongsi foto memegang anak lelakinya namun wajah bayi itu tidak ditunjukkan kepada umum.
Untuk rekod, Cardi sebelum ini berkahwin dengan penyanyi rap Offset pada September 2017 dan bercerai pada September 2020.
Mereka kemudiannya berbaik semula namun hubungan itu tidak kekal lama apabila Cardi memfailkan perceraian pada 31 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kulture Kiari, 7, Wave Set, 4, dan Blossom yang baru berusia setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


