suria

Lima tahun hidap bipolar, penyanyi lelaki disahkan meninggal dunia

Keluarga mengesahkan kematian Jin.

PENYANYI Korea Selatan, Jin Denim dilaporkan meninggal dunia selepas lebih lima tahun disahkan menghidap masalah kesihatan mental. 

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh ahli keluarga mendiang selepas dua minggu kematian penyanyi berkenaan yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, pihak keluarga turut menegaskan kematian Jin bukan disebabkan oleh bunuh diri.

“Jin telah menerima rawatan sejak 2015 bagi gangguan bipolar serta psikotik. Dia sedar tentang keadaannya dan sentiasa berusaha untuk menguruskannya melalui rawatan perubatan serta pengambilan ubat seperti yang ditetapkan.

Upacara pengkebumian Jin dilakukan secara tertutup. 

“Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini keadaannya merosot dengan sangat cepat sehingga sampai ke tahap yang sukar untuk dikendalikan oleh keluarga.

“Kami ingin menegaskan bahawa punca kematiannya bukanlah bunuh diri, sebaliknya akibat terjatuh yang membawa maut berpunca daripada pengambilan perubatannya,” jelas kenyataan tersebut.

Upacara pengebumian dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Hantaran tersebut juga menyebut bagaimana Jin Denim dan ahli keluarganya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi kasari peminat wanita, rampas telefon hingga rosak 

ARTIKEL BERKAITAN: Tzuyang selalu ponteng sekolah, hadir hanya untuk dapat makanan percuma

“Walaupun sedang sakit, Jin berusaha untuk meneruskan kehidupannya dengan niat untuk berkongsi kasih sayang serta keyakinan kepada orang di sekelilingnya.

“Namun, disebabkan penyakit tersebut, sikapnya kerap kali berubah dan ia bukan atas kehendaknya sendiri.

“Jin dan keluarga kami telah menanggung penderitaan yang amat besar dalam jangka masa yang panjang,” jelas adiknya.

Pihak keluarga turut berkongsi bahawa mendiang disemadikan di Evergreen Memorial Park, Anseong, bagi memberi peluang kepada peminat untuk menziarah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!