PENYANYI Song Mino boleh dikenakan hukuman penjara atas kesalahan mengabaikan tanggungjawab ketika menjalani latihan ketenteraan sebelum ini. Pihak berkuasa mengesahkan anggota kumpulan Winner itu berulang kali gagal melaporkan diri untuk bertugas dan meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran. Siasatan awal mendapati Mino melanggar peraturan tersebut selama lebih lapan hari selepas melakukan pemeriksaan terhadap telefon bimbitnya. Siasatan terhadap Mino telah selesai dilakukan. Pejabat Pendakwa Daerah Barat Seoul sebelum ini mendakwa Mino tanpa penahanan atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Ketenteraan. Sementara itu Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera pula mengesahkan kes itu dibawa untuk siasatan polis kerana jumlah ketidakhadiran Mino melebihi di bawah bidang kuasa agensi itu. Ketidakhadiran tanpa kebenaran dilakukan Mino antara Mac 2023 hingga Disember 2024, ketika dia ditugaskan untuk berkhidmat di Mapo, Seoul.Di bawah Artikel 89 Akta Perkhidmatan Ketenteraan Korea Selatan, meninggalkan tempat perkhidmatan tanpa alasan yang munasabah selama lapan hari atau lebih boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Song Mino didakwa suka curi tulang, terima layanan istimewa semasa khidmat tentera... Netizen buat laporan minta siasat ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun hidap bipolar, penyanyi lelaki disahkan meninggal duniaPenganalisis undang-undang bagaimanapun menjangkakan penyanyi itu bakal dikenakan hukuman penjara lebih lama atas kesalahan yang dibuat. Mino pada awalnya menafikan segala dakwaan tersebut semasa dua sesi soal siasat polis, namun kemudian mengakui kesalahan tersebut selepas sekali lagi dipanggil pihak berkuasa. Nama Mino sebelum ini menjadi bualan ramai selepas tamat menjalani latihan ketenteraan pada Disember 2024 susulan dakwaan ponteng melakukan tugas. Balai Polis Mapo kemudian mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara tersebut dan siasatan telah dijalankan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube