PELAKON dan penyanyi Cha Eun Woo berdepan kemungkinan hukuman penjara susulan kegagalan membayar cukai pendapatan bernilai 20 bilion won (kira-kira RM70 juta).Menurut peguam, Kim Jeong Gi, jumlah tuntutan tersebut adalah antara yang terbesar pernah dikenakan terhadap seorang selebriti. Katanya, sekiranya terbukti wujud unsur penipuan cukai secara sengaja, tindakan jenayah boleh diambil terhadap aktor berusia 26 tahun itu.Hantaran Instagram Eun Woo antara buktinya.“Jika jumlah cukai yang dielakkan melebihi satu bilion won dan terdapat niat menipu, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun,” katanya memetik Korea Boo.Lebih mengejutkan, satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Eun Woo dikatakan berpotensi digunakan sebagai bukti dalam siasatan. Hantaran itu memaparkan sebuah restoran milik keluarga yang dipercayai digunakan sebagai alamat syarikat, namun didakwa tidak menjalankan operasi perniagaan sebenar.Difahamkan, Eun Woo dan ibunya yang dikatakan mengetuai syarikat terlibat didakwa menggunakan entiti korporat bagi mengurangkan kadar cukai sehingga 45 peratus, berbanding kadar cukai individu.ARTIKEL BERKAITAN: Guna nama ibu tubuh syarikat sendiri, tipu jumlah pendapatan tahunan... Cha Eun Woo didakwa elak bayar cukai RM55 jutaARTIKEL BERKAITAN: Cha Eun Woo jadi mangsa basuh pinggan paling banyak dalam kem tenteraDalam perkembangan sama, agensi pengurusan Eun Woo, Fantagio turut dilaporkan dikenakan penalti cukai sebanyak 8.2 bilion won.Bagaimanapun, pihak Eun Woo kini sedang mengemukakan rayuan pentadbiran terhadap keputusan tersebut.Setakat ini, kes berkenaan masih dalam siasatan dan belum ada keputusan muktamad dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube