suria

Perasaan bercampur baur, Amanda Monopo sedih anak dalam kandungan terima kecaman

Amanda terkesan dengan kecaman terhadap anak dalam kandungannya.

DALAM kegembiraan bakal bergelar ibu, pelakon Amanda Monopo meluahkan rasa sedih apabila dituduh hamil sebelum berkahwin.

Kesal dengan fitnah yang dilemparkan, Amanda, 27, menganggap kata-kata sebegitu sebagai keterlaluan, apatah lagi melibatkan anak dalam kandungannya.

“Saya bangga kerana sudah sampai ke tahap ini dan akan menjadi ibu tidak lama lagi. Namun, pada masa sama, saya turut berasa sedih.

“Anak yang tidak tahu apa-apa terpaksa menanggung banyak beban, malah dikatakan sebagai anak haram.

Amanda dan suami teruja bakal menimang cahaya mata pertama. 

“Tidak mengapa, kita lalui bersama,” luahnya.

Amanda berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram seperti dipetik dalam laporan portal berita Suara.

Bagaimanapun, pelakon itu dilihat telah memadam semua hantaran yang dimuat naik.

Dalam masa sama, Amanda meluahkan rasa syukur dan melihat kehadiran cahaya mata sebagai rezeki buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu dapat barangan elektrik, Amanda Manopo berhabis RM1.2 juta buat majlis kahwin... Semua guna duit suami 

ARTIKEL BERKAITAN: Amanda Monopo dikerumun peminat, tak sedar dada diraba

“Walaupun ramai yang mempersendakan kehadiranmu, namun kamu hadir membuka pintu rezeki buat ibu bapamu.

“Anak ini akan menjadi penuh berkat,” kongsinya.

Untuk rekod, Amanda mendirikan rumah tangga bersama Kenny Austin pada 10 Oktober 2025.

Pelakon itu turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya pada November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain