PELAKON Dakota Johnson mendedahkan pengalaman luar biasa yang pernah dilalui ketika menjalani uji bakat pada awal kerjaya seninya. Menerusi temu bual bersama Hits Radio ketika mempromosikan filem terbaharunya berjudul Splitsville, Dakota mengakui pernah gagal mendapatkan watak diimpikan hanya kerana bersikap sopan dengan berjabat tangan.Dakota ditolak uji bakat kerana bersalaman dengan kru produksi. "Saya masuk ke dalam bilik, berjabat tangan dengan semua orang dan memperkenalkan diri. Kemudian saya melakukan babak tersebut dan beredar," katanya. Bagaimanapun Dakota tidak menyangka apabila tindakan murni yang dilakukan itu dianggap cubaan untuk 'mencari perhatian'ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa pakaian terdedah, Dakota Johnson guna tisu tutup dadaARTIKEL BERKAITAN: Industri Hollywood huru-hara, Dakota Johnson selar penerbit buat filem samaKongsinya, dia berasa hairan dengan tanggapan tersebut kerana niatnya hanyalah untuk bersikap sopan."Maklum balas yang saya terima adalah saya dikatakan kelihatan sombong dan terlalu yakin. "Itu memang sangat pelik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube