suria

"Saya hidup tanpa cahaya matahari"... Bintang K-Pop popular derita penyakit mental, pernah kurung diri macam 'hikikomori'

Lee Suhyun ketika itu sedang berada di titik terendah hidupnya.

PENGAKUAN jujur anggota kumpulan duo popular AKMU iaitu Lee Suhyun mengenai fasa gelap dalam hidupnya mencetuskan rasa sebak dan simpati dalam kalangan peminat.

Menerusi rancangan bual bicara You Quiz On The Block, Suhyun, 27, secara terbuka mendedahkan dia pernah mengalami kemerosotan kesihatan mental yang serius sehingga memilih untuk mengasingkan diri daripada dunia luar.

Lebih menyedihkan, Suhyun menyifatkan kehidupannya ketika itu seperti seorang hikikomori (individu yang memencilkan diri secara ekstrem) sehingga hilang arah tuju dan harapan untuk masa hadapan.

Lee Chanhyuk (kiri) membantu Suhyun untuk bangkit kembali.

"Saya sebenarnya hidup lama tanpa melihat cahaya matahari.

"Saya mengurung diri dalam bilik. Apa yang saya lakukan hanyalah bermain permainan video dan makan makanan penghantaran. Saya sentiasa menutup langsir dan tidak mahu tahu sama ada siang atau malam.

"Saya makan secara berlebihan setiap hari tanpa henti. Apabila berat badan naik dengan cepat, rasanya seperti seluruh badan koyak. Ketika itu, saya fikir, tiada masa depan untuk saya," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah pengalaman pelik bekerja dengan artis popular, tak boleh bertentang mata jika berjumpa

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan keluarga retak, David Beckham alami tekanan emosi hingga kerap menangis

Pendedahan itu turut disokong oleh abangnya yang juga rakan sepasukan, Lee Chanhyuk yang mengakui kebimbangannya melihat keadaan adik tersayang ketika itu.

"Dari sudut pandang keluarga, dia kelihatan sangat tertekan, tetapi dia sendiri tidak menyedarinya ketika itu.

"Saya fikir saya akan menyesal jika keadaan menjadi lebih buruk. Jadi saya bantu dia untuk keluar daripada dunia tersebut," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain