suria

Cubaan elak sertai latihan tentera gagal, Chu Cheng ditahan polis… Sanggup bayar RM55,000 demi palsukan dokumen kesihatan

Chu Cheng digari dan iringi polis semasa penahanannya.

PENYANYI dan pelakon asal Taiwan, Chu Cheng ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai mengelak daripada menjalani perkhidmatan tentera negara itu.

Chu Cheng ditahan di kediamannya di New Taipei City pada 1 April lalu.

Lebih mengejutkan, dia didakwa membayar kira-kira RM44,000 hingga RM59,000 bagi mendapatkan sijil perubatan palsu yang kononnya menghidap tekanan darah tinggi sebagai alasan untuk tidak menyertai perkhidmatan tersebut.

Antara selebriti lain yang turut ditahan.

Difahamkan, siasatan berhubung kes itu telah dijalankan sejak Jun tahun lalu.

Selain  Chu Cheng seramai 28 individu dikenal pasti dan pelakon Wang Da Lu antara sembilan selebriti tempatan yang terlibat.

Susulan itu, pihak pendakwa raya bersama polis melancarkan operasi khas yang membawa kepada beberapa tangkapan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon dicabul petugas paramedik, sengaja lengahkan bantuan kecemasan… Sempat rakam gambar tidak berbaju

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi tepi jalan bukan terdesak, Pinkan Mambo mahu setaraf Blackpink

Kes berkenaan mencetuskan perhatian meluas dalam kalangan masyarakat Taiwan, malah turut mengundang perbandingan dengan industri hiburan Korea Selatan.

Rata-rata netizen berpendapat kumpulan K-pop terkenal BTS wajar dijadikan contoh kerana semua ahlinya tetap menjalani khidmat tentera meskipun memiliki populariti di peringkat global.

Untuk rekod, anggota BTS mula menjalani khidmat tentera pada Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain