PERSONALITI media sosial, Lucinta Luna semakin serius kembali kepada fitrah sebagai lelaki apabila sudah memikirkan persiapan sekiranya dia meninggal dunia. Menerusi temu bual di program audio siar Butik Haji Igun, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah, 37, memberitahu meskipun sudah menukar identiti kepada nama perempuan di kad pengenalan dan pasport miliknya, dia tidak lagi mempedulikan hal tersebut untuk urusan akhirat. "Walaupun sudah menukar identiti kepada Ayluna Putri tetap kalau meninggal dunia nanti, batu nisan saya akan ditulis sebagai Muhammad Fatah. Lucinta ketika ditemu bual dalam program audio siar Butik Haji Igun."Saya sudah maklumkan ini kepada keluarga terdekat," katanya. Dalam pada itu, Lucinta turut memohon agar proses mandi dan solat jenazahnya kelak dilakukan sebagai seorang lelaki. "Saya mahu jenazah saya nanti diuruskan sebagai seorang lelaki. Kalau KTP (kad pengenalan) itu hanya status saja. ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna mahu kembali ke fitrah asal, mohon sokongan ramaiARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju Melayu pagi raya, Lucinta Luna dipuji kacak"Jadi maksudnya kalau kembali (meninggal dunia), kudrat saya tetapi sebagai lelaki," ujarnya. Sebelum ini, Lucinta memohon sokongan orang ramai terhadap hasratnya untuk berubah dan kembali kepada fitrah.Katanya, dia kini sedang mengumpul keberanian untuk menukar imej dan berharap netizen dapat menerima perubahan tersebut dengan hati terbuka.Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama Islam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube