suria

Ibu Virgoun mengaku menantu sedang hamil tujuh bulan, dah tahu jantina bayi... Bimbang cucu jadi bahan umpatan

Virgoun bakal timang anak pertama bersama Lindi.

KHABAR angin mengenai kehamilan isteri kepada Virgoun akhirnya terjawab apabila ibu kepada penyanyi itu sendiri mengesahkannya.

Dalam satu temu bual, Eva Manurung mendedahkan menantunya iaitu Lindi Fitriyana kini sedang hamil tujuh bulan.

Dia menjelaskan perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang salah faham sehingga terus memburukkan anaknya.

Eva (kiri) jawab spekulasi menantu hamil sebelum nikah. 

"Iya, memang hamil. Saya tak nafikan dia sedang hamil. Cuma harap orang lain jangan masuk campur.

"Orang lain akan tahu juga akhirnya nanti. Saya tak suka cucu saya menjadi bahan umpatan," ujarnya.

Sebelum ini, kecoh dakwaan Lindi hamil sebelum sah bernikah dengan Virgoun pada 27 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan nikah... Netizen kongsi foto terkini isteri Virgoun, dakwa sedang sarat hamil 

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak jawab dakwaan isteri Virgoun hamil sebelum nikah

Eva juga tanpa berselindung memaklumkan bahawa menantunya kini sedang hamil anak lelaki.

Menurutnya, sebagai mentua, dia terbuka menerima kehadiran cucu baharu meskipun sedar bakal berdepan pelbagai kecaman.

"Bayi itu adalah rezeki. Saya tak mahu cucu saya menjadi anak yang tidak diiktiraf," tegasnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain