KESIHATAN pelakon Nikita Mirzani yang kini sedang menjalani hukuman penjara dilaporkan semakin merosot.Memetik laporan Tribunnews, rakan Nikita iaitu Dr Oky Pratama bersama pengurusnya, Dhea memaklumkan keadaan Nikita menunjukkan perubahan ketara termasuk penurunan berat badan selain kembali mengalami sakit di bahagian leher. Kata Dhea, masalah tersebut bukan perkara baharu kerana Nikita mempunyai sejarah penyakit leher susulan pembedahan yang pernah dijalani sebelum ini.Nikita menerima hukuman penjara enam tahun."Memang sudah lama Nikita ada sakit di bahagian leher. Sebenarnya ada implan di bahagian itu yang pernah dibedah sebelum ini," katanya. Sementara itu, Dr Oky Pratama turut mengesahkan perubahan fizikal Nikita yang kini kelihatan semakin kurus.Jelasnya, selain tekanan emosi, masalah gigi turut menjadi faktor utama yang menyebabkan Nikita sukar untuk makan. ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani tenang terima hukuman penjara empat tahun, sempat berlari mahu salam hakim mahkamahARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara Nikita Mirzani ditambah dua tahun"Dia jadi lebih kurus sebab susah makan apabila crown (mahkota gigi) yang dipakai pecah. "Doktor asal lebih tahu kedudukan dan saiz gigi kerana ia dibuat berdasarkan acuan," ujarnya. Pada Oktober tahun lalu, Nikita dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan pemerasan terhadap usahawan kosmetik dikenali sebagai Dr Reza Gladys. Pada Disember, Mahkamah Tinggi Indonesia memutuskan untuk menambah hukuman daripada empat tahun kepada enam tahun penjara atas kesalahan pengubahan wang haram. Keputusan itu dibuat kerana Nikita bukan sahaja disabitkan kesalahan di bawah Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE), tetapi turut didapati bersalah atas Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU), satu pertuduhan yang sebelum ini dianggap tidak terbukti oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!