suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cheryl Cole sanggup berhabisan untuk suami tercinta

Cheryl Cole. - foto REUTERS
Cheryl Cole. - foto REUTERS
Cheryl Cole. - foto REUTERS

PENYANYI Girls Aloud, Cheryl Cole sanggup membeli satu golf cart (pengangkut peralatan golf) berharga 19,000 pound untuk suaminya, bintang bola sepak, Ashley.

Kenderaan itu kelihatan macam kenderaan berpacuan empat roda. Ia memiliki roda 18 inci, upholsteri berkulit dan tempat letak kepala yang mempunyai nama singkatan C.C dan Ashley, bertatahkan kristal Swarovski.

"Cheryl membelinya sebagai hadiah kepada Ashley. Mereka berdua menyukainya. Ia adalah kebanggaan Ashley.

"Seorang staf diarahkan untuk memastikannya ia sentiasa berkilat," menurut satu sumber.

Sumber itu menambah: "Terdapat satu ruang untuk meletak kayu golf di belakang kenderaan itu.

"Ashley sangat suka motornya, 'The Mini Hummer' kerana yang pasti ia menyenangkannya bergerak dalam estet.

"Jadi, Cheryl bercadang memberikan kejutan tersebut," katanya.

Ashley kini bercuti bersama Cheryl di Perancis.

Ashley akan menggunakan pengangkut golf untuk bergerak di estet mereka di Oxshott, Surrey.

Artikel Sebelum

Artikel Lain