suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Anak kesayangan' Joe Jackson dilahirkan sehari selepas Michael berumur 16 tahun?

Joe Jackson bercakap dengan media di luar rumah keluarganya di Encino, California, pada foto bertarikh 29 Jun 2009. -foto REUTERS
Joe Jackson bercakap dengan media di luar rumah keluarganya di Encino, California, pada foto bertarikh 29 Jun 2009. -foto REUTERS
Joe Jackson bercakap dengan media di luar rumah keluarganya di Encino, California, pada foto bertarikh 29 Jun 2009. -foto REUTERS

MEDIA melaporkan 'anak kesayangan' Joe Jackson dilahirkan sehari selepas Michael berumur 16 tahun.

Selama ini, keluarga Jackson telah menyimpan kemas keturunan Joh ''Vonnie Jackson - anak yang hampir meranapkan perkahwinannya dengan Katherine.

Bagaimanapun, selepas kematian mengejut Michael pada Jun, media melaporkan maklumat baru timbul mengaitkan Joe dengan anak perempuan luar nikahnya.

Difahamkan sijil kelahiran tertera nama Joe Jackson sebagai bapa Joh ''Vonnie Jackson.

Gambar foto yang tersebar juga menunjukkan mereka kelihatan seiras.

Ahli biografi Michael Jackson, J. Randy Taraborrelli pernah memberitahu, "Ini adalah suatu perkara yang memalukan keluarganya... Dia ialah anak Jackson yang enggan diiktiraf oleh sesiapa pun.

"Pada tahun 1970-an, Joe Jackson membuat hubungan sulit... dan hasilnya ialah Joh''Vonnie Jackson.

"Ini adalah suatu perkara yang keluarga Jackson ingin mengendalikannya secara rahsia. Katherine Jackson sedar kehadiran anak luar nikah suaminya itu; ia sangat mengecewakannya pada masa tersebut."

Joh''Vonnie dilahirkan di Inglewood, California pada 30 Ogos 1974.

Artikel Berikut

Artikel Lain