suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita British mengalami anoreksia 4 tahun kerana poster Posh

Victoria Beckham dalam gambar promosi untuk syarikat fesyen Itali, Giorgio Armani, pada 5 Ogos 2009. -foto AP
Victoria Beckham dalam gambar promosi untuk syarikat fesyen Itali, Giorgio Armani, pada 5 Ogos 2009. -foto AP
Victoria Beckham dalam gambar promosi untuk syarikat fesyen Itali, Giorgio Armani, pada 5 Ogos 2009. -foto AP

SEKEPING poster Posh yang terlalu langsing menyebabkan seorang remaja dari British mengalami anoreksia (takut makan) selama 4 tahun.

Rachael Johnston, 17, telah menjadikan bekas 'Spice Girl' sebagai model untuk membantunya mengurangkan berat badan.

Justeru, dia melekatkan foto Posh, 35, di dinding bilik tidurnya semasa dia berumur 13 tahun.

Dalam tempoh beberapa tahun, berat badannya jatuh dari 'lapan batu' kepada 'lima (batu)'.

Hari ini, Rachael dari Warrington, Cheshire telah bebas daripada belenggu penyakit anoreksia.

Rachael menggesa kanak-kanak tidak mencontohi selebriti dan model yang terlalu langsing.

"Victoria Beckham merupakan ideal saya. Saya ingat dia berpenampilan hebat - kurus macam lidi ditambah berbuah dada besar. Saya ingin menjadi seperti Victoria," media memetik Rachael sebagai berkata.

Akhirnya, Rachael jatuh sakit sehingga pada satu peringkat, "Saya ingin mendapatkan satu keranda berwarna putih dengan bunga mawar berona merah jambu."

Rachael kini sembuh dan mempunyai berat badan sebanyak 'tujuh batu'

Artikel Lain