suria

Mengalir air mata Nana Mahazan dan suami, anak lelaki terpilih ke Akademi Villareal Malaysia

Nana bersyukur anak berjaya melepasi sesi pemilihan Akademi Villareal Malaysia.

PENYANYI dan pengacara Nana Mahazan tidak dapat menahan sebak apabila anak lelakinya berjaya menempatkan diri di Akademi Villareal Malaysia.

Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 42, berkata, dia bersyukur apabila usaha gigih anak lelakinya iaitu Aaqib, 11, dengan bantuan suaminya membuahkan hasil.

Cerita Nana, suaminya iaitu Raqeem Brian Abdullah paling banyak berkorban dalam memastikan anak lelaki kesayangan mereka mendapat tempat.

Untitled design

Nana berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok.

"Aku menangis tengok daddy dan Aaqib berpelukan. Syukur Ya Allah, Alhamdulillah atas nikmat-Mu Ya Allah.

"Kami sangat bangga dengan awak Aaqib.

"Tiga minggu daddy gigih bawa Aaqib untuk sesi percubaan dan latihan. Daddy beri komitmen sepenuhnya untuk hantar, ajar dan 'basuh' awak untuk memastikan awak mendapat tempat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan menangis tengok Misha Omar menyanyi lagu ‘Halaman Cinta’, teringat momen dibenci semasa AF

ARTIKEL BERKAITAN: 19 tahun dalam industri seni, Nana Mahazan mahu anjur kelas bina keyakinan diri secara percuma... Rancang ‘pusing’ satu Malaysia

Nana berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran klip video di TikTok pada Isnin.

Kata Nana, proses pemilihan sangat mencabar apabila hanya 15 orang pemain sahaja yang akan terpilih daripada 40 peserta.

Malah Nana turut menitipkan kata-kata semangat sekali gus memberi sokongan sepenuhnya terhadap anaknya itu.

Untitled design (2)

Nana dan suami berdoa agar anak lelakinya dapat mencapai impiannya.

"Pada waktu ini, pemain lain semua hebat dan sangat mencabar juga. Daripada 40 orang, diturunkan ke 20 orang, akhirnya 15 orang sahaja yang terpilih.

"Semoga berjaya Aaqib, terbang tinggi dan berlatihlah. Kekal komited dan konsisten dalam sesi latihan awak. Kami di sini akan sentiasa menyokong awak.

Untuk rekod, Nana dan Raqeem mendirikan rumah tangga pada Jun 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Althea, 14, dan Aaqib, 11.

Sekadar info, Villareal merupakan salah satu kelab ternama La Liga yang menubuhkan sebuah akademi di Malaysia untuk memberikan peluang kepada pemain bola sepak muda di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain