suria

Anak Kak Ton gesa Zarina Anjoulie mohon maaf, ibu menangis terpalit kontroversi

Harris (kanan) minta Zarina (kiri) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibunya.

PELAKON Harris Annuar menuntut aktres Zarina Anjoulie untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya susulan kontroversi yang tercetus di media sosial. 

Bagi Harris atau atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 32, kekecohan yang berlaku telah mencemarkan nama baik keluarga selain satu bentuk buli siber. 

"Saya menuntut wanita itu (Zarina) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ibu. 

"Jangan nak membuli, mak aku ni bukan level kawan-kawan kau," katanya.

Harris tidak dapat menahan rasa kesal apabila ibunya terpalit dengan kontroversi di media sosial.

Harris tidak dapat menahan rasa kesal apabila ibunya terpalit dengan kontroversi di media sosial.

Harris menulis perkara itu dalam ruangan komen di sebuah hantaran yang dimuat naik oleh kakaknya iaitu pengacara Nadia Annuar di Instagram. 

Menerusi video yang dikongsi Nadia, kelihatan Zaiton tidak dapat menahan sebak mengenangkan namanya turut terpalit dalam pergaduhan antara Zarina bersama pekerjanya yang dikenali sebagai Nurul. 

Zaiton turut menasihati Nurul dan Zarina agar menyelesaikan pertelingkahan antara mereka tanpa melibatkan orang lain. 

Sementara itu Nadia pula meminta orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat penilaian sehingga menjejaskan perniagaan yang telah diusahakan ibunya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie nak saman Kak Ton, Nadia Annuar bengang nama ibu kena petik

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 tahun kurung diri, ini kali pertama Kak Ton datang ‘event’ ramai orang... Syukur makin sihat!

Malah dia sendiri tidak sanggup melihat Zaiton terpaksa berdepan isu sebegini.  

"Tangisan ibu saya kerana manusia pentingkan diri tak pernah berfikir sebelum nak main petik-petik nama mummy (panggilan Zaiton) dan produk Beauty Umaira yang sudah lebih 16 tahun di pasaran. 

"Berhentilah memberi kuasa kepada pembuli media sosial. Berhentilah menyokong benda-benda negatif dan kontroversi semata ingin mengaburi mata anda dari isu sebenar,”  ujarnya. 

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Nadia meluahkan rasa berang apabila nama ibunya dipetik dalam isu perbalahan antara Nurul dan Zarina. 

Nadia enggan melihat ibunya terus bersedih.

Nadia enggan melihat ibunya terus bersedih.

Kejadian tercetus apabila Zarina mendapati Nurul menjual produk milik Zaiton ketika membuat video siaran langsung semasa datang ke rumahnya bagi mengambil kereta yang dijadikan cagaran sebagai ganti rugi. 

Dakwa Nadia lagi, Zarina menuduh ibunya menumpang sengaja populariti demi melariskan produk. 

Zarina kemudian memuat naik video dia berada di hadapan balai polis membuat laporan menyangkal dakwaan mencuri kereta berkenaan. 

Malah sekali lagi dia turut menyebut nama Kak Ton (Zaiton) dan mendakwa usahawan itu cuba meraih keuntungan dengan kejadian menimpa dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain