MEMBESARKAN seorang cahaya mata, pelawak Achey menganggap ia bagai satu anugerah yang terindah buat dia dan isterinya.
Malah bagi Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 39, sebagai bapa dia juga menumpang rahmat selepas anaknya, Tiara hadir dalam hidup mereka.
"Wahai Tiara yang disayangi, ramai dan ada juga yang mengatakan ayah menumpang anugerah aura kamu.
Achey dan isteri bersyukur kehadiran Tiara.
"Ayah tak malu untuk mengatakan benar kerana jawapan sebaliknya akan membuatkan orang tak selesa," luahnya.
Achey berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Khamis sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-7 anaknya itu.
Dalam ucapannya, pelawak ini juga meluahkan rasa sedih kerana merasa dirinya bukanlah yang terbaik untuk menjaga Tiara.
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah pembelajaran bukan alasan, anak Achey dapat 6A dalam peperiksaan
ARTIKEL BERKAITAN: Anak dikritik selekeh, tak bersiap semasa program raya... Achey beri Tiara pilih ikut keselesaan
Mendoakan segala kebaikan, Achey juga berharap anaknya itu mampu menempuh pelbagai situasi dalam kehidupan.
"Dalam tak sedar jatuh air mata ayah. Kadang-kala terfikir, layak ke menjadi ayah kepada seorang anak yang hebat ini?
"Harapan ayah agar kau jadikan seluruh kehidupan kamu dengan kebaikan," ucapnya.
Semoga Tiara membesar menjadi anak yang terbaik.
Menerusi hantaran berkenaan dia juga berkongsi gambar perkembangan Tiara sejak kecil sehingga kini.
Menambah kesayuan dalam coretan itu, Achey akui dia dan isteri bukanlah ibu bapa yang sempurna sepanjang mendidik anaknya itu.
"Maaf kalau ayah dan mama tersilap corak untuk mencantikkan keperibadian kamu. Mungkin kamulah yang kena lakukan sendiri untuk cantikkan keperibadian kelak," ujarnya.
Untuk rekod Achey dan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat selepas kanak-kanak itu dilahirkan pada 2018.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!