PELAKON dan penyanyi Bella Astillah teruja apabila Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq bakal menjalani rawatan lasik bagi merawat masalah rabun.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, memberitahu dia akan mengemaskini proses lasik berkenaan selepas rawatan dilakukan selesai.
"Seseorang itu akan mula lihat dalam 4K, jadi selamat tinggal kaca mata.
Bella teruja mahu lihat Syed Saddiq hidup tanpa kaca mata.
"Nantikan hasilnya jika anda semua tertanya-tanya tentang proses lasik ini," katanya
Bella berkongsi perkara itu menerusi hantaran foto di Instgram miliknya pada petang Isnin.
Malah Bella yang mengenakan pakaian jururawat turut meraih perhatian netizen kerana menemani Syed Saddiq dalam apa jua keadaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan proses rawatan lasik Syed Saddiq berjalan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN: Konti radio tempat pertemuan pertama, Bella Astillah pecah rahsia Syed Saddiq
ARTIKEL BERKAITAN: Manis berbaju kurung, Bella Astillah datang beri sokongan kepada Syed Saddiq curi tumpuan
Tidak hanya itu, ramai berseloroh mengatakan masa depan Bella dan Syed Saddiq selepas ini untuk ke fasa seterusnya semakin ‘cerah’.
"Wah ini macam dejavu, tahun lepas Syed Saddiq pakai baju doktor dalam muzik video Bella, tahun ni Bella jadi pakai jururawat temani Syed Saddiq.
"Makin cerah masa depan Bella dan Syed Saddiq ke fasa seterusnya selepas ini," tulis netizen.
Hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat makin mesra.
Hubungan Bella dan Syed Saddiq dilihat mula rapat apabila mereka sama-sama mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada Januari lalu.
Syed Saddiq kemudiannya membuat kejutan sewaktu hari jadi Bella pada Mac lalu dan ia menguatkan lagi spekulasi kedua-dua mereka mempunyai hubungan istimewa.
Kelibat Bella juga turut dilihat di mahkamah bagi mengikuti keputusan rayuan membabitkan Syed Saddiq beberapa hari kemudian.
Malah Bella dan Syed Saddiq memakai pakaian raya sedondon menguatkan lagi gosip percintaan di antara mereka berdua.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube