LEBIH setahun mencipta nama sebagai pempengaruh, nama Farihin Arnia kini semakin mendapat perhatian sehingga dia diberi tawaran berlakon drama.
Namun ia bukanlah satu perjalanan mudah untuk dia meyakinkan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur bagi memulakan kerjaya di sini.
Bahkan menurut Farihin bapanya sendiri menetapkan syarat untuk kembali ke Kota Kinabalu, Sabah sekiranya gagal mencapai impian.
Farihin sahut cabaran bapa.
"Saya memang mendapat restu daripada ayah untuk ke semenanjung kerana ingin kejar minat dalam lakonan.
"Tapi dia bagi masa setahun untuk saya buktikan kemampuan. Jika dalam tempoh itu saya tidak berjaya dia suruh pulang ke Sabah semula," katanya kepada mStar.
Menurut Farihin, dia tidak menyangka segala perjalanannya mencari rezeki berjalan dengan lancar dalam tempoh tidak sampai setahun.
Malah dia kini mampu memberi wang bulan lebih daripada nilai RM100 berbanding sejak awal berhijrah.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya ada RM200 dalam poket, Badron Munirah ‘gamble’ datang KL kejar impian bergelar pelakon
ARTIKEL BERKAITAN: Syarul Ezani disangka artis baharu, ramai tak tahu rupanya dah lebih 15 tahun berlakon
Tambah Farihin lagi, bapanya juga sudah tidak meminta agar dia pulang ke kampung halaman selepas berjaya membuktikan kejayaan dalam kerjaya.
"Alhamdulillah rezeki saya sampai awal, tidak sampai setahun di sini saya mendapat pengurusan yang baik dan semuanya berjalan dengan lancar.
"Sejujurnya sebelum saya sampai sini saya hanya dapat beri ibu ayah saya RM100 sebulan. Bila sudah sampai sini dan terima job pertama buat saya terkejut dengan gaji yang saya dapat.
Jadi tiada lagi kata-kata suruh saya pulang selepas setahun.
FARIHIN ARNIA
PELAKON
"Saya tak pernah dapat tawaran gaji sebanyak itu dan terus teruja nak kongsi kejayaan itu bersama keluarga. Jadi tiada lagi kata-kata suruh saya pulang selepas setahun," kongsinya.
Dalam perkembagan lain, Farihin kini sedang sibuk menjalani penggambaran siri Viu berjudul Putri & Phrince arahan Liyana Jasmay.
Jelasnya, dia diberi kepercayaan untuk memegang watak sebagai Hud yang merupakan rakan karib kepada Aidil.
Nik (kiri), Badron (tengah) dan Farihin antara pelakon dalam drama Putri & Phrince.
"Saya ini seperti bayangan kepada Aidil (lakonan Nik Rafaie), di mana ada dia ada juga saya. Tapi pada masa yang sama saya cemburukan kejayaan yang diperolehi Aidil.
"Ada perkara yang saya lakukan sehingga tercetusnya konflik antara kami dan rakan-rakan lain nanti," ujarnya.
Selain Farihin, drama itu turut dibintangi oleh Badron Munirah, Adriana Adnan, Nesa Idrus, Farah Nadiah, Adriana Adnan, Nik Rifaie, Khayrisyah Kemal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube